Divisyen Ke-82 Airborne
Divisyen Ke-82 Airborne

Divisyen Ke-82 Airborne

Perang Dunia IIPerang DinginPerang Global terhadap TerorismeDivisyen Ke-82 Airborne adalah sebuah divisyen infantri airborne (hantaran udara) dalam Tentera Darat Amerika Syarikat, yang dikhususkan dalam operasi serangan payung terjun kedalam kawasan musuh[1][2] dengan keperluan Jabatan Pertahanan A.S. untuk "bertindak balas terhadap kontinjensi krisis dimana sahaja di dunia dalam masa 18 jam."[3] Berpangkalan di Fort Bragg, Carolina Utara, Divisyen Ke-82 Airborne adalah sebahagian daripada Kor XVIII Airborne. Divisyen Ke-82 Airborne adalah divisyen bergerak Tentera Darat A.S. yang paling strategik.[4] Sesetengah wartawan telah melaporkan bahawa Airborne Ke-82 adalah divisyen infantri ringan terlatih yang terbaik di dunia.[1] Baru-baru ini, Airborne Ke-82 telah menjalankan operasi di Iraq, menasihati dan membantu Angkatan Bersenjata Iraq.[5]Divisyen ini ditubuhkan, pada awalnya sebagai Divisyen Ke-82, dalam Tentera Nasional pada 15 Ogos 1917, sejurus selepas penyertaan Amerika dalam Perang Dunia I. Ia telah disusun pada 25 Ogos 1917, di Kem Gordon, Georgia dan kemudian berkhidmat dengan cemerlang di Barisan Barat pada bulan-bulan terakhir Perang Dunia I. Sejak anggota-anggota terawalnya datang dari kesemua 48 negeri, divisyen ini memperoleh nama samaran All-American, yang merupakan asas untuk lambang bahu lengan "AA" yang terkenal. Divisyen ini kemudian berkhidmat dalam Perang Dunia II dimana, pada Ogos 1942, ia telah dibentuk semula sebagai divisyen airborne pertama U.S. Army dan berjuang dalam banyak kempen semasa peperangan.Perajurit terkenal divisyen termasuklah: Sarjan Alvin C. York; Jeneral James M. Gavin; Jeneral Tentera Darat Omar Bradley; Senator Strom Thurmond (Rejimen Ke-325 Glider Infantri dalam Perang Dunia II); Senator Jack Reed; penyanyi R&B Lou Rawls; pelakon William Windom; pelakon Dennis Franz; penyanyi muzik country Craig Morgan; bekas jurulatih bolasepak Universiti Syracuse Ben Schwartzwalder; pengkritik fesyen/koreografer Bruce Darnell; Yang Berhormat Patrick Murphy (Setiausaha Rendah Tentera Darat); Gabenor Louisiana John Bel Edwards; Jeneral "Henry" Hugh Shelton (Pengerusi Ketua-Ketua Turus Bersama dari tahun 1997 hingga 2001); Kolonel Chris Gibson, bekas komander Batalion Ke-2, Rejimen Ke-325 Infantri, dan kemudian komander Briged Ke-2 Combat Team divisyen, sekarang ahli Kongres New York; dan Mark T. Vande Hei, KOL (EN) (B), bekas ketua platun jurutera dalam 3/325 Infantri.[6]

Divisyen Ke-82 Airborne

Aktif 1917–1919, 1921–kini
Sebahagian daripada Kor XVIII Airborne
Bendera Divisyen
Nama samaran "All American Division", "82nd Division", "Eighty Deuce", "America's Guard of Honor", "The 82nd"
Cawangan  Tentera Darat Amerika Syarikat
Warna beret       Merun
Pertempuran Perang Dunia I

Perang Dunia II

Perang Dingin

Perang Global terhadap Terorisme

Timbalan Panglima – Bantuan BJ Kosong
Timbalan Panglima – Rancangan Brigedier UK Oliver Kingsbury
Komanderterkenal Senarai penuh para komander
Timbalan Panglima – Operasi BJ Christopher LaNeve
Ketua Staf Kolonel Brett Funck
Panglima MJ James Mingus
Sarjan Mejar Markas Sarjan Mejar Markas MiArthur R. Burgoyne, Jr.
Peranan Serangan hantaran udara
Lencana identiti khidmat Tempur
Laman web https://www.bragg.army.mil/index.php/units-tenants/82nd-airborne-division
Insignia khusus unit Batalion Markas Divisyen
Saiz Divisyen
Moto "All the way!", "Death from above"
Negara  Amerika Syarikat
Kawat "The All-American Soldier"
Garison/HQ Fort Bragg, Carolina Utara, A.S.
Jenis Infantri ringan airborne

Rujukan

WikiPedia: Divisyen Ke-82 Airborne http://articles.baltimoresun.com/2002-02-15/news/0... http://www.combatreels.com/82nd_Airborne_Division_... http://www.combatreels.com/82nd_Airborne_Division_... http://www.dday-overlord.com/eng/82nd_airborne_div... http://www.lonesentry.com/gi_stories_booklets/82nd... http://www.military.com/daily-news/2016/11/03/army... http://www.bragg.army.mil/ http://www.backtonormandy.org/themes/897-dropping-... http://www.ushmm.org/wlc/en/article.php?ModuleId=1... http://www.worldcat.org/oclc/124985055